
Beberapa FAKTOR LINTANGAN untuk anda mencapai kejayaan tidak kira dalam kerjaya, perniagaan, percintaan dan pelajaran.
Kebanyakan lintangan itu kadang-kadang bersifat positif ataupun bersifat negatif. Perkara positif itu meransangkan anda supaya lebih berusaha dengan lebih keras lagi manakala negatif itu pula menyebabkan keyakinan diri serta semangat anda terus menurun dan seterusnya anda akan mengalami kegagalan.
Namun begitu, setiap kejayaan yang datang bukan mudah untuk diperolehi kerana anda harus mengharungi dan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan sesuatu perkara yang dilakukan itu. Ini sememangnya realiti dalam kehidupan.
Secara hakikatnya kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi harus disusuli dengan usaha yang berterusan sehingga peroleh kejayaan. Tetapi ingat jangan sesekali menyalahi orang lain sekiranya anda mengalami kegagalan kerana ia berpunca daripada diri sendiri.
Lantas daripada itu, saya nyatakan beberapa faktor yang sentiasa memberikan halangan kepada anda untuk mencapai kejayaan dimana ia meliputi segala aspek seperti:-
Diri sendiri iaitu Sifat Malas dan Tiada Motivasi
Keluarga iaitu Latar Belakang Keluarga dan Cara Didikan
Rakan iaitu Memilih Kawan yang salah dan Masalah Sosial
Persekitaran iaitu Media Massa, Media Cetak dan Internet
0 comments:
Post a Comment