Sunday, November 22, 2009

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 KE TLDM












Pada 16 November 2009, Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 telah direalisasikan. Di mana semua murid2 tahun 6 telah dibawa melawat ke markas TLDM di Sepanggar. Untuk makluman, program ini telah ditunda pelaksanaannya sebanyak 3 kali. Pada permulaan pelaksanaannya dijadualkan pada awal bulan Jun dengan destinasi ke Uitm dan TLDM. Namun demikian,pelaksanaannya terpaksa ditunda kerana program ini lebih sesuai dijalankan selepas UPSR.

Maka itu, saya telah merancang semula program ini. pelaksanaannya pada awal November. Tetapi akibat belum mendapat kelulusan drp JPNSabah dan dalam masa yang sama tarikh yang ditetapkan merupakan tarikh peperiksaan akhir. justeru, program lawatan ini pun ditunda pada 16 November 2009. Alhamdulilah, program ini berjaya dilaksanakan juga akhir sepertimana yang dirancang oleh saya.

MAJLIS KONVOKESYEN SHIHAN SHARIZI













Pada 06 November 2009, Tadika Tze Yu telah mengadakan majlis konvokesyen untuk murid2 yang telah tamat pengajian mereka di tadika berkenaan. Anak saya merupakan antara salah satu murid2 berkenaan. Saya n wife sungguh gembira melihat anak sulung kami telah membesar dan akan melangkah ke darjah 1 tahun depan di SJK (C) Chung Hwa, Likas.

ANNUAL DINNER SEKOLAH KLUSTER SK SRI GAYA








Pada 12 November 2009, Kelab guru telah menganjurkan annual dinner di promande hotel. Hampir semua guru telah menghadiri annual dinner berkenaan. Pengerusi kelab guru iaitu ustzah suriana telah berjaya mengendalikan malam annual dinner itu dengan jayanya. Annual dinner berkenaan juga merupakan yang terakhir bagi beliau kerana beliau akan berpindah ke SMK Putatan pada tahun depan. Selain itu, annual dinner itu juga meraikan guru2 dan staf yang telah bertukar tempat bertugas seperti cik dya,pn. nor amali,pn. hamidah dan pn. haslinda.

KURSUS PEMANTAPAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING








09-12 November 2009, Saya telah menghadiri kursus pemantapan bimbingan dan kaunseling di BTP Penampang. Peserta adalah di kalangan guru2 bimbingan dan kaunseling yang terpilih di seluruh negeri Sabah. Di mana hanya 3 orang guru2 BnK terpilih mewakili PPD masing2. Kursus ini amat berguna kepada guru2 Bnk yang baru seperti saya. Semasa kursus ini, saya telah berjumpa dengan kawan saya sewaktu di IPGaya dulu. Mereka terpilih mewakili PPD Tuaran dan Kunak iaitu Cik Lena dan En. Nawir.

LDP PSV








Pada 10 November 2009, LDP PSV telah dilaksanakan di Sekolah Kluster SK Sri Gaya. LDP PSV telah dikendalikan oleh ketua panitia PSV iaitu Pn. Chi Siew Ping dan dibantu oleh setiausaha LDP sekolah iaitu saya sendiri. Peserta kursus adalah di kalangan sekolah-sekolah rendah daerah K.K yang mempunyai PTJ LDP.

Sunday, October 25, 2009

KURSUS LDP DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA














Pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) Sek Keb Kluster Sri Gaya dan Sek Keb Tobobon telah bekerjasama melaksanakan kursus LDP di Institut Kemahiran Mara. Tujuan adalah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru kedua buah sekolah, sekaligus menjalinkan hubungan muhibah di kalangan guru-guru kedua buah sekolah.

PROGRAM SELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH








Pada 20 Oktober 2009(Selasa), Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyelaras Tahun 6 telah mengadakan program selangkah ke sekolah menengah untuk murid-murid tahun 6. Seorang penceramah telah dijemput untuk menjayakan program ini iaitu Cikgu Nani, guru bimbingan dan kaunseling, Sek Men Teknik Likas.